Sunday, 27 November 2011

EYE ABRASION

x sangka tibe2 je saya boleh terkena eye abrasion...nk tau ape tu eye abrasion...jom sy terangkan..
sebelum sya tido mlam kelmarin ade sesuatu/benda asing termasuk ke dalam mata.. dan secara x lansung saya menggonyoh atau menenyeh mata dengan kuat sekali dan menyebabkan mata saya luka..dah 3 hari mata saya still merah, x boleh kene chaya mata hari kalau x mesti sakit (sampai ke kepala rasa sakit nye), saya dpt rasa kan ade something dalam mata ni..coz sakit tu bukan sakit bisa..
mcm2 benda dh saya buat utk buang benda asing tu tp x berjaya..so akak nasihat kn saya berjumpa doktor..dn saya perlu berjumpa doktor pakar untuk rawatan selanjutnya selasa ni...nk tau apa tu eye abrasion...jom..

Corneal Abrasion

 

A corneal abrasion is a scratch on the eye's cornea. The cornea is the clear, protective covering over the iris, which is the colored part of the eye, and the pupil, the black circle in the middle of the eye. It's important both for vision and for protecting the eye. If you poke your eye or if something gets trapped under your eyelid -- such as dirt or sand -- your cornea may become scratched. When it does, it can cause significant pain and discomfort.
If you get something in your eye, do not rub it. Try flushing it out with water or seek help from a doctor.

Recommended Related to Eye Health

If styes tend to recur, you probably need to practice better lid hygiene. That means regular lid scrubs to remove excess germs and cellular debris. Put a few drops of mild baby shampoo into a teacup of warm water and stir. Using a cotton swab or wash cloth, gently brush the soapy solution along the base of your eyelashes while keeping your lids closed. Don't have time to mix baby shampoo? Scrub your closed lids with a washcloth with baby shampoo in the shower. Regardless of the technique, it is...
WebMD takes a look at the causes of corneal abrasion, its symptoms, and what to do if you scratch your eye.

Causes of Corneal Abrasion?

Many situations can cause a corneal abrasion, including:
  • Being poked in the eye, for instance by a fingernail, plant, or makeup brush.
  • Dirt, sand, sawdust, ash, or some other foreign matter blowing into your eye and getting caught under the eyelid.
  • Chemical burns.
  • Aggressively rubbing your eye.
  • Poor fitting or dirty contact lenses.
  • Certain types of eye infections.
  • Not protecting the eyes during surgery while under general anesthesia. If your eyes are not closed during surgery, the cornea can dry out, making it more prone to corneal abrasion.
Symptoms of a corneal abrasion do not always happen immediately. As a result, it's often hard to know what caused it.

When Something Gets in Your Eye

Often, the first reaction to something getting in your eye is to want to rub it. But don't. Rubbing can cause an abrasion. Here are some safer ways to try to remove foreign matter from your eye:
  • Blink your eye several times.
  • Pull your upper eyelid over the lower eyelid.
  • Gently rinse your eye out with clean water or a saline solution. But do not rub the eye while rinsing it.
And do not try to remove anything that is on the cornea. Only a doctor should do this.
If you still feel like something is caught in your eye, see an eye doctor as soon as possible, or go to the emergency room. The eye doctor will examine the eye and use a special eye stain to better see the surface of the cornea. If something is on the cornea, the doctor can safely remove it.

Symptoms of Corneal Abrasion

Once you've had a corneal abrasion, you're not likely to forget the unrelenting pain and discomfort it can cause. Symptoms of corneal abrasion may include:
  • Feeling like you have sand or grit in your eye
  • Eye pain, especially when opening or closing your eye
  • Tearing and redness
  • Sensitivity to light
  • Blurred vision or loss of vision
  • Headache

Corneal Abrasion

(continued)

Corneal Aabrasion Treatment

Antibiotic eyedrops or ointment may be recommended to prevent an infection in cases of corneal abrasion. Medicated eyedrops to ease pain and inflammation may also be used.
Sometimes, doctors temporarily patch the scratched eye. Pain medication may also be given.
A minor scratch should heal on its own in one to three days. More severe abrasions may take longer to heal.
Here are some tips to help you while your eye heals:
  • Do not wear contacts until your eye has completely healed and your eye doctor says it is safe to do so.
  • Wear sunglasses to help ease pain caused by the glare of the sun.
  • Do not rub your eye.
Most people fully recover from minor corneal abrasions, with no permanent eye damage. However, deeper scratches can cause corneal infections, cornea erosion, or scarring of the cornea. If not treated properly, these complications can result in long-term vision problems. Any unusual symptoms, including a recurrence of pain following healing, should be reported to your eye doctor.

sumber:  WebMD Medical Reference

Friday, 18 November 2011

Perkahwinan Vouge Syella Kamaruddin dan VVIP


syella kamaruddin seorg artis yang dulu pernh jd penyanyi dan popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan. tapi sementara jer glamour nyer tu..then terus hilang..mungkin berbisnes kan..
tup..tup..tiba-tiba khwin dengan VVIP untuk nye la kan....dia diijabkabulkan dengan seorg VVIP dalam majlis tertutup yg dirai oleh kaum keluarga, rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja..syella amat bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga menjual nasi lemak..(untungkan) rezeki dia...

syella menerima hantaran sebuah banglo bernilai 5 jutadan sebuah kereta rekaan British iaitu Mini Cooper. Difahamkan perkhwinan syella secara keseluruhannya bernilai 15 juta! tapi difaham kan juga..kereta mini cooper hanyalah sementara shj kerana kereta sebenr yg bakal diterima syella adalah kereta AUDI R8..Untung nyer................

baju perkhwinan syella pula mendapat sentuhan drpd pereka terkenal tanh air...Hatta Dolmat...


beg tgn..kasut jenama LV....




Mewah sungguh detik perkahwinan Syella Kamaruddin ni kan..ini lah rezeki dia...setiap org yang mampu memg layak nk buat mjlis perkahwinan yg grand mcm ni kan...tp x terfikir ke kalau ianya terlalu membazir kan...hihih~~mungkin ini perkhwinan ni hanya sekali so kene la grand n vouge...walaupun syella ni x se gah n se popular..glamour Dato' Siti..
Apa-apa pun kita doakan semoga dia berbahagia dengan pasangannya...

Thursday, 17 November 2011

LOVE U F4

Rabu 23hb Nov 2011...
selama 5 1/2 tahun kita bersama..baby, devi, jern, alip, pidot, taji, sue, epy,mucid, ame, muse, mie, pacak, don, shema, fza, hzwan, dek iq, sfwan, suhail....semua nyer kita hadapi bersama-sama,..
gelak tawa..sedih..penat..sume ader..
baby yang selalu sengal, don yang selalu sawan, devi yang selalu manje bila menyanyi lagu rumput, alip yg suke skit perut hihi, jern yg sllu perempuan tgk dia, pidot si dj fatela, taji yang melayang-layang, sue yg keanak-anakan tp cun, shema yg selalu nak anggun, mucid yg kdg2 macho, ame yg semngat ketawa, muse yg lemah gemalai, mie yg tido x bangun-bangun, pacak yg berdedikasi(tatot..), fza si cameralicious, hzwan yang rehat aktif(tp baik..), dek iq yg mrah tp sayang, suhail yg cool...safwan yg sapu kesyangan..epy yang rajin + budin.....pida yg sensitive...huhuhu...
seronok di pangkor village, pasir bogak, perhentian, cameron then ade plak yang kena maki..kene marah...tapi kita tetp maintain..cool je kn...
x lama je lagi kita semua akan membawa hala tuju masing-masing kan...
lagi sebulan je lagi kita akan di posting kan nth kemana-mane..lg bagus kalo kita makin dekat..
aku nk minta maaf ye kwn2 kalo terkasar bahasa ade yg kecil hati..actually aku sayang korang semua...
harap korang maafkan aku yer...syg sngt F4....
setiap pertemuan tu mesti ader akhirnye kn...kita jumpe nnt k....SAYANG KORANG

Allah x Sayang saya Ke?

Setiap kali dalam hati ni terdetik utk berubah..berubah ke arah yg lebih baik...berubah supaya dekat dengan Allah... Saya nk sngt rasa aman di sisi Allah.. bila orang cakap "sy mendapt hidayah dr Allah" maksudnye allah syg dia kan? bila saya duduk sorg2 kn sya rasa macam waktu juga nk berubah..menutup aurat dengan betul, jg sembhyg, nk belajar makna ayat-ayat dlm al quran..tapi mesti x jd.. Saya banyak buat dosa.. Tapi allah tetap syg sya.. saya perlukan seseorang untuk bimbing saya.. setiap kali saya tengok artis mula bertudung rasa happy sangat...happy tersangat-sangat...hidayah yang allah turun kan tu mesti sgt.....nwtd...no word to describe kn...saya harap saya dpt petunjuk tu..
.untk kebahagian diri saya di sisi Allah.
.utk mak yg melahirkan saya.(barula boleh nk ckp sejuk perut mak mengndungkan saya).
.untuk abah yang menjaga saya...(kejap-kejp mintak duit..hihih)
love u mom n dad...
doa mak abh la yg membuatkn hati ni terdetik sebegini sekli..
petunjuk dari Allah membuatkan hati ni terusik mcm ni sekali....~~~

Cara Solat dengan Khusyuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca Oh! Islam yang dihormati dan disayangi. Pada artikel kali ini, kita akan cuba memahami mengapa Islam menuntut umatnya agar khusyuk di dalam solat. Namun saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan solat yang khusyuk sepenuhnya. Kadangkala sedang solat, kita terfikir bagaimana nak ubahsuai blog, lepas ni nak pergi sini sana, nak call mak kat kampung dan macam-macam lagi. Sedangkan ketika kita memikirkan semua itu, kita sedang menyembah Allah SWT. Jadi secara tak langsung, bukankah itu perbuatan yang menyekutukan Allah? MasyaAllah.
Kawan-kawan pun tahu di mana Solat merupakan tiang agama. Ianya lebih penting dari berpuasa, menunaikan zakat dan juga mengerjakan haji. Kerana itu di dalam rukun islam, solat diletakkan pada no 2 selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Kepada pembaca Oh! Islam yang dihormati, kalau tidak punya banyak masa untuk membaca artikel ini, skip sahaja terus ke 15 cara khusyuk dalam solat. Di dalam petak yang bewarna kuning nanti.
Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Firman-Nya lagi:-

Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Sumber Rujukan: Dakwah2u

Wednesday, 16 November 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam


Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
  20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
  23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
  53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
  54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
  55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
  56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
  57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
  58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
  59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
  1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
  2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
  3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
  4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
  5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
  6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
  7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
  8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
  9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
  10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
  11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
  12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
  13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
  14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
  15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
  16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
  17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
  18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
  19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
  20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
  21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
  22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
  23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan
  1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
  2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
  3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
  4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
  5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
  6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
  7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
  8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
  9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
  10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
  11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
  12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
  13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
  14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
  15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
  16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
  17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
  18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
  19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
  20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
  21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
  22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
  23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
  24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
  25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
  26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
  27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
  28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
  29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
  30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam.....:)

Kaum-Kaum yang Pupus

Baru-baru ni sy ade bace buku tentng kaum-kaum yang pupus yg ditulis oleh Harun Yahya. Dalam buku tu bukan saja menceritakan bagaimana kaum-kaum seperti kaum nabi 'Ad a.s, Nuh a.s, Lut a.s menerima hukuman dan azab dr Allah tetapi menceritakan juga segala fakta dan bukti-bukti yg ada di bumi kita skrg...ade golongan yang meragui kisah-kisah ni telah membuat kajian...bila saya saya rasa takut sgt dengan azab Allah..contohnya Kaum Nabi 'Ad a.s yg ditimbus pasir tanpa henti...takutnyer...
tapi zaman sekarg apa yg saya nampak...xder perubhan pun pada mereka-mereka ys suka melakukan dosa...padahal dh terbukti kisah-kisah ni. salah satunya yg mengamalkan liwat tu..tp sekrg masih berleluasa..saya sbg bakal guru takut nk hadapi cabaran...tp apa-apa sy mesti persiapkan diri dengn ilmu sebelum melgkah ke alam sebenar pendidikan....

macam mane nak buang rasa marah...

hari ni saya rasa saya agak marah dengan seseorang...sebab sikap dia...xtau dkt mane lg nk luah kan...so ni je la tmpt nyer..nk mengumpat kat sini pun x baik juga (dh ada niat buruk tu).. yg penting sbar je la...ermm
td sy pun pkir-pkir perkara yg sy perlu buat kalo rasa nk marah...sy jumpa ni..so kita blh share..


Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

1_) Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan laknatullah, dengan doa perlindungan tersebut akan meredakan kemarahan. 

2) Diam atau tidak berbicara. Dengan tidak bersuara, ianya secara perlahan-lahan merendakan tahap kemarahan dan fikiran akan kembali normal. Ini kerana di saat kemarahan datang, akal fikiran akan diketepikan, emosi akan menguasai diri. Bertindak mengikut emosi (marah) tidak akan meyelesaikan masalah malah lebih parah! 

3) Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring. Ini kerana dengan berubahnya kondidi badan seseorang yang sedang dilanda kemarahan, ia akan mengurangkan kemrahan. Otak telah diberikan tugasan lain selain menumpuka terhadap situasi marah tersebut. Fisiologi badan sebenarnya mempengaruhi akal & fikiran. Setiap pergerakan & tindakan perlu keterlibatan otak berfikir, maka perasaan marah kurang difokuskan bila kita bergerak & beralih kedudukan. 

4) Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. Api kemarahan dalam hati yang merangsang fizikal diri akan reda dengan air wudu' dialirkan ke seluruh anggota badan. Berkat berwudu' maka kemarahan yang kian mengganas dalam diri dapat dikawal agar kembali sepertimana asal. InsyaAllah... 

Semoga setiap tindakan kita dilimpahi rahmat dari ilahi, amiin...
sumber : Zainal Rashid Isa (fb)