Sunday 17 March 2013

MATTA FAIR, PWTC



  • Minggu ni minggu yang memenatkan, dengn sekolah ganti lg. Dekat sekolah ad prog perkhemahan~ diuruskan oleh guru-guru agama coz guru praktikum punyer projek. So tiada arahan utk guru lain mcm saya pergi menjalankan tugas.. huhu :) x pegi dahla..
  • minggu ni je dh pack.. mcm2 nak buat.. hari ahad pg Matta Fair.. euuuwww~ sangat penat..tp memuaskan.. 
  • kalau la saya ni bnyk duit nak je p travel semua negara~ semua agensi pelancongan buat promo..
  • apa yang utama utk saya pada hr tu ialah HONEYMOON VACATION.. dah sebulan khwin masih x honeymoon lg..hihihihi.. actually honeymoon ni xda la wajib..juz nak merehatkan diri dengan kerja yang melambak n tak pernah ada titik noktah:)
  • korang nak tau tak yang MATTA FAIR sangat berguna if korang berhajat utk travel  ke mana2.. bnyk choice :) i like sgt~
  • so bila ada MATTA FAIR.. jgn lah lepaskan peluang k... :)

Saturday 2 March 2013

MasyaAllah.. Untungnya Perempuan


Kerja rumah -- tanggungjawab suami

Tajuk: ustaz azhar idrus - gaji seorang isteri
Sumber: http://youtu.be/hWy_QXCfXPU
Durasi: 2m 22s

Penceramah: Ustaz Azhar Idrus
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original




[0:01] Asal orang puang tak wajib nanak. Orang puang tak wajib buat air. Tak wajib basuh baju sendiri. Kita yang wajib basuh baju kita sendiri. Dak(?).
* puang -- perempuan
* nanak -- tanak

[0:10] Ha, ingat hok tu; suami bila dia ada isteri, tak wajib isteri dia basuh baju dia. Kita kene basuh sendiri-ah kalu kita nak cuci. Kalau kita nak makan, kita kene beli sendiri. Kalau kita nak minum air, kita kene kuca sendiri. Tu asa perintah.
 * kuca -- kacau

[0:23] Daripada syarak. Dak(?). Ha.


[0:27] Dah kalau kita suruh dia?
-- Kita suruh baru menjadi wajib.

Paham tak lagi situ? Neh.

Lihat juga: 186 - Benarkah tanggungjawab isteri hanyalah melayan nafsu suami?
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=270194276386425&set=a.203095433096310.51608.202752153130638&type=1&ref=nf

Dicapai: 17 Rabiulawal 1433H / 8 Februari 2012M, Jumaat.

[0:34] Tapi bila kita nak suruh dia nanak, nak suruh dia basuh baju kita -- wajib atas kita menyediakan peralatan.


[0:43] Kita nak suruh dia nanak; asalnya bukan wajib atas dia -- boleh!
-- Kita kene sedia alat. Kita kene beli dapur dengan beli gas, dengan sudu, dengan garfu, dengan periuk, dengan belanga -- habis; mak-nenek segala bab masak. Dak(?).


[0:56] Lepas pada tu dok leh suruh lagi. Kita kene ada dulu bahan-bahan mentah. Kene kita sedia dengan lada, dengan bawang, dengan tepung, dengan gandum, habis.
-- Barulah kita suruh menjadi wajib.


[1:06] Kelengkapan -- atas kita.
Buat -- atas dia. Dak(?).


[1:10] Garam sebutir pun orang puang dok wajib beli, dalam rumahtangga. Semua tu hak suami. Walaupun nak makan dalam mulut dia -- hak kita juga. Neh(?).

Ha, dia gitu.


[1:19] Oleh kerana itulah, mana-mana orang perempuan yang buat kerja rumah; dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia. Deh.

Ha, dengor orang puang. Ha, boleh. Dari segi syariat, boleh. Neh.


[1:36] Ulama-ulama bersetuju; apabila asalnya tidak wajib, menyediakan makanan, pakaian dan sebagainya; maka dia berhak menuntut -- nampak -- pemberian/ imbuhan  daripada tugas-tugas tersebut. Dak(?).


[1:49] Asal dia tak wajib masak, kita yang beli masakan apa semua hok siap, gi hantar di rumah dia biar dia makan. Dia gitu. Dak(?). Ha.


[1:58] Jadi tiba-tiba kita suruh dia basuh baju kita, kita suruh dia nanak, suruh dia buat air apa semua, nyapu rumah apa semua, -- dak(?) -- jaga anak kita... Kene bayar gaji. Melainkan dia kata, "Dak yoh bayar-ah". -- Ha, tu lain. Dak(?).


[2:11] Tapi kalau bini kita kata kene bayar start bulan ni, dah dengar dah semalam ustaz khabar, dak(?), "Saya nak-ah. Tak banyak, dalam seribu setengah sebulan."

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Sebelum ini banyak post mengenai tanggungjawab dan peranan isteri.. kali ini saya post mengenai tanggungjawab suami :)


Tanggungjawab Suami (1) – Tanyalah Ustaz 


Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz


Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’:


Daripada dapatan kajian, didapati punca perceraian adalah jahil peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam satu hadis, Nabi SAW yang ringkasannya bermaksud - hak perempuan daripada suami:
  • Beri makan kepada isteri apabila dia makan
  • Beri pakaian apabila dia berpakaian
  • Jangan sekali-kali pukul wajahnya
  • Jangan menghina dengan gelaran
  • Jangan tinggalkan isteri keseorangan. Oleh itu, tidak sepatutnya berlaku kes-kes ‘gantung tak bertali’ atau ‘salai tak berapi’ dalam Islam.

Sebagai kesimpulan, tanggungjawab suami kepada isteri terbahagi kepada tiga aspek:
  1. Fizikal – menjaga kesihatan, keselamatan, kehormatan isteri
  2. Material – keperluan material isteri perlu disediakan oleh suami
  3. Spiritual – memimpin persoalan ibadat dan ketaqwaan isteri


Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana jika suami tidak berpendapatan tetap sedangkan isteri berpendapatan lumayan?
J: Dalam Islam tidak diwajibkan untuk seorang isteri membelanjakan hartanya untuk suami dan anak-anak. Tetapi tidak wajib tidak bermakna tidak boleh dilakukan. Ulama juga mengharuskan untuk isteri memberi hutang kepada suami, namun biasanya isteri tidak berkira dengan suami dan keluarga. Oleh itu, sebelum kahwin, suami perlu memastikan dirinya mampu fizikal dan material.

S: Bagaimanakah bentuk pukulan yang diharuskan dalam Islam?
J: Hanya isteri yang nusyuz sahaja boleh dipukul. Jika sampai tahap terpaksa, baru pukul. Itupun dengan pukulan yang tidak mencederakan atau memberi kesan kepada fizikal isteri.

S: Jika suami tidak mampu dan isteri minta benda yang pelik-pelik. Adakah suaminya akan dianggap tidak bertanggungjawab?
J: Dalam surah At-Talaq, ayat 7, Allah berfirman yang bermaksud:

Oleh itu, setiap orang perlu berbelanja mengikut kemampuan mereka. Jika suami tidak mampu, isteri perlu lebih memahami dan tidak menjadi penyebab suami terpaksa berhutang atau lebih teruk lagi mengambil rasuah.

S: Bagaimana tanggungjawab suami jika pasangan tinggal bersama keluarga isteri atau suami?
J: Jika isteri merelakan, tiada masalah. Namun jika isteri ingin pindah keluar, suami wajib mencari tempat tinggal lain.

S: Suami bertanggungjawab atas keselamatan isteri, namun banyak berlaku kes yang sebaliknya. Apa pandangan ustaz?
J: Betul, banyak kes suami memukul isteri yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Suami sebegini ialah suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah kepada Allah. Akad ‘Aku terima nikahnya’ mempunyai maksud yang lebih mendalam iaitu kesanggupan mengambil amanah daripada Allah untuk menjaga isteri seperti yang dikehendaki Allah. Jika isteri sebagai amanah daripada Allah, kenapa sanggup dipijak, dipukul dan diterajang? Jika berlaku juga kes sebegini, ulama menyatakan harus untuk isteri meminta agar difasakhkan. Oleh sebab itu, Islam menyediakan kaedah bertunang. Tujuannya adalah untuk mengkaji perangai bakal pasangan. Kajian perlu dilakukan dengan bertanya kepada rakan-rakannya, bukannya dengan keluar berdua-duaan. Jika bertunang dan mendapati ada perkara yang tak disenangi, putuskan pertunangan dan cari yang lain.

S: Kebanyakan suami biar saja isteri keluar dengan sesiapa sahaja sehingga kadang-kadang pulang lewat malam. Apa pandangan ustaz?
J: Betul, ada suami yang tidak kisah isterinya keluar ke mana atau dengan siapa. Suami sebegini ialah suami yang dayus. Dayus bermaksud suami yang membiarkan kehormatan isterinya tercemar. Nabi SAW ada bersabda berkaitan suami yang dayus yang bermaksud: “3 jenis manusia yang Allah amat benci sehingga Allah tidak pandang di hari akhirat ialah: anak yang derhaka ibu bapa , wanita yang menyerupai lelaki, dan suami-suami yang dayus”. Oleh itu, suami perlu lebih bertanggungjawab. Hari ini ada berlaku kes di mana suami mengizinkan isterinya berkongsi kereta dengan lelaki bukan mahram untuk ke tempat kerja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, kerana apabila berdua-duaan, yang ketiga adalah syaitan.

S: Salahkah suami yang tidak dapat mendidik isterinya menjadi solehah?
J: Suami perlu berusaha sedaya-upaya. Dalam surah At-Tahrim,ayat 10, Allah memberi contoh isteri yang ingkar di bawah bimbingan Nabi Nuh. Suami perlu berusaha sedaya-upada terlebih dahulu. Jika tidak berjaya, suami tidak lagi dianggap bersalah.

SUMBER : Kasih Nabi~