Sunday, 17 February 2013

Petua Untuk Keharmonian Suami Isteri Hingga Akhir Hayat




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin 
harian tadi dengan pelukan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras\ menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
 <

SAYA KAH ISTERI YANG DI CARI??



Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?
Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.


Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..
SUMBER : Cahaya Hati Menuju Illahi :)

DASAR KEPERCAYAAN KU =P


Semua 0rang tahu, apabila kepercayaan telah hilang, mmg sukar untuk dipulihkan kembali. Inilah kemelut yg sering dialami oleh pasangan yg bercinta ataupun dan persahabatan. Apakah b0leh diletakkan semula kepercayaan kepada pasangan yg curang ataupun sahabat yang menipu, serta pelbagai perkara negatif lain lagi.

Walaupun sudah bersumpah dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi segala tabiat buruk dan berusaha menjadi yang terbaik, namun senang mendengar janji itu�tetapi untuk menerimanya dan percaya cukup payah�

~ Sewajarnya kita memberikan peluang kepada sesiapa sahaja apatah lagi pasangan atau sahabat sendiri. Jika Allah boleh menerima taubat hambanya, siapalah kita pula untuk enggan memaafkan insan lain..dan ia haruslah kemaafan yg lahir dr hati , bukan sekadar pengakuan lisan.

~ Masa menentukan segalanya untuk menerima tetapi percayalah dan yakinlah pada diri yang anda bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesilapannya..n jangan lupa untuk berd0a agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup�hehe� jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan JANGAN DIUNGKIT lagi�

~ n kepada sesiapa yang telah diberikan peluang, jangan salah gunakan peluang yang diberikan dan jangan cemarkan kepercayaan yang cuba dibina semula oleh pasangan anda. Sekali , 2 kali peluang masih boleh diberi..klu sudah 4,5 n lebih�.FAHAM2 JE LAH!

~ "cakap tak serupa bikin" selalu disebut pepatah ni.. (pepatah ke?? huhu) bila kita sayang seseorang kita mula percaya apa yang dikatakan..nak plak percaya tahap gaban 100%.. tibe2 kita dapat tahu pasangan kita or sahabat sebenarnya tidak seperti yang disangkakan..ermm macam mana tu.. actually boleh di maafkan tapi dh terkurang lah peratus kepercayaan.. paling perit terasa sakit hati..kena tipu..huhu..

~ BUT kalau kita ni jenis yang tak ambil peduli its ok.. tapi kalau kita peduli nanti makan diri.. so kena banyak BERDOA pada ALLAH.. tetapkan hati.. memaafkan dengan seikhlasnya.. melupakan dengan sebaiknya.. dan kita BERHARAP  supaya insan tersebut tidak melakukan, mengulanginya lagi.. :) peace =p

Saturday, 16 February 2013

Apakah sifat ini ada pada anda? (Khas buat wanita)






KEANAK-ANAKAN
  • dalam batas-batas yang tertentu dan wajar,sifat keanak-anakan seorang wanita itu menjadi daya tarikan.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda.Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sifat keanak-anakan yang  menyenangkan
PENUH PENGERTIAN
  • sikap pengertian wanita membuat lelaki beras di hargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.Contohnya adalah tidak melenting tidak tentu pasal sebelum mengetahui letak duduknya masalah lelaki
MENGHARGAI
  • wanita yang menghargai lelaki adalah menjadi idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut.Lelaki suka dihargi,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga
MENJAGA PENAMPILAN
  • lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,bersih ,kemasdan menarik.Penampilan yang baik menunjukkan wanita menghargai dirinya dan bersyukur dengan dirinya.Secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki menyukainya
PANDAI BERBICARA
  • lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual.Walau topik perbualan lelaki berbeza dengan wanita tetapi wanita tersebut dapat mengimbangi
PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
  • wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih baik di mata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua daripadanya serta tahu berhadapan dengan orang muda.Tahu juga menghadapi suasana baru serta boleh di bawa ke bandar atau ke kampung
MENGHORMATI DIRI SENDIRI
  • lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita ,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yang menghormayi dirinya mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk.Jadi dia tahu apa yang di inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah diri
SIMPATI DAN PRIHATIN
  • lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat.menyayangi serta tidak memilih bulu.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.Ada kecantikkan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona
sumber : IL LUV ISLAM

Friday, 15 February 2013

saya HEBAT! WANITA hebat !


Hati wanita terlalu lembut. Zahirnya wanita nampak berbeza. Tapi batinnya, wanita cuma punya HATI yang sama. Iatu kuat dan tabah.

Wanita adalah insan yang paling kuat
Dia masih mampu berkata, "saya ok" walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu tersenyum walaupun hatinya retak seribu
Dia masih mampu menolak egonya demi orang yang mereka sayang

Allah telah mencipta hati kita diselaputi dengan sifat yang lembut
Di sebalik degil kita, Allah salutkan dengan kesabaran,
Di sebalik ego kita, Allah salutkan dengan ketabahan,
Di sebalik rasa sedih dan luka, Allah salutkan dengan kekuatan dan bila disakiti
Di sebalik 'nakal' kita, Allah salutkan dengan sifat setia dan taat
Itulah keindahan kejadian wanita

Oleh itu, dengan kelembutan hati wanita ini boleh mententeramkan jiwa lelaki yang bernama suami
Dengan kesabaran hati wanita inilah dapat mendidik anak2 hingga dewasa
Dengan hati wanita sebeginilah dapat menahan kerenah anak2 dan juga suami walaupun hatinya disakiti
Dengan hati wanita sebeginilah dia mencurahkan segala kasih sayang dan kesetiaan hanya utk suami

Kadang2 kita terlupa yang fitrahnya Allah mencipta hati kita yang cukup kuat
Bila emosi kita lebih menguasai hati, kita lupa betapa tabah dan kuatnya hati ini
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita di sebalik kekuatan hati masih terselit sifat kelembutan
Betapa cantiknya ciptaan seorang wanita jika kita bijak mengawal segalanya rasa fitrah kita dan bijaksana

Untuk kaum sejenisku di luar sana
Jika kita sedar yang Allah ciptakan betapa kuatnya hati kita
Jadi tak perlulah kita jatuh jika ditimpa ujian2 yang menyakitkan
Memang tak dinafikan, emosi kita terkadang melebihi rasa ingin jatuh, rapuh bila ditimpa ujian

Tapi fikirlah, setiap ujian yang Allah bagi itu bersebab
Allah beri ujian atas kemampuan kita atas ketabahan kita
Jika nak menangis, menangislah sepuas hati
Tapi yakinlah, di sebalik ujian itu ada rahmat yang cukup besar

Jika kita jatuh ditimpa ujian, cepat2lah kita bangun
Jangan tunjukan yang kita lemah, jangan tunjukan kesedihan kita depan orang
Bangun, kuat dan tabah menghadapi apa saja jenis ujian
Sentiasalah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang Allah turunkan
Seindahan hiasan adalah wanita solehah

Hari ini kita jatuh sbb dilukai, rasa dikianati, rasa terkilan, rasa sedih, sakit
Tapi dengan rasa 'sakit' dan 'luka' itulah mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar-benarnya
Jangan kesal dan jangan merungut. Jangan berkata.."Aku tak kuat"..Jangan!!
Pengalaman yang kita lalui dalam hidup kita adalah persediaan agar kita lebih bersedia dan lebih mengingati Allah

Ujian itu datang dari Allah, kebahagian juga datang dari Allah. Indahnya wanita Allah ciptakan sekeping hati yang kuat. Sentiasalah REDHA dan IKHLAS menghadapi  segala jenis ujian.

Hati yang semuanya sama. Walaupun zahir setiap wanita itu kelihatan berbeza. Tapi mereka punya rasa yang sama. Hati yang sama. Naluri yang sama. Hati wanita merasa yang sama dengan wanita lain. Wanitalah yang memahami sesama wanita. Dan sama-samalah menjadi wanita yang cantik di mata Allah.

Jika hati tenang, pasti keimanan akan datang. Bersihkan hati dari sifat benci, marah, sombong, bongkak. Sulamilah diri dengan sifat2 yang dicintai Allah.

Cintailah Allah, maka cintailah suami dan tempatkan utk wanita solehah adalah syurga nan abadi.

saya KUAT !


Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/biarkan-kesedihan-berlalu-pergi/#ixzz2L28rFYtF

10 pesanan jadi isteri solehah


  • Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  • Mendengar dan mentaati suami.
  • Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  • Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  • Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  • Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  • Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  • Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  • Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.