Friday, 15 February 2013

Peringatan untuk isteri



  1. Apabila berselisih faham atau bertengkar dengan suami, fokuskan kepada masalah itu sahaja. Jangan dibabitkan hal-hal lain.
  2. Setelah menyelesaikan sesuatu masalah, buatkan noktah setakat itu saja. Jangan diungkit-ungkit lagi.
  3. Apabila hendak menegur suami, tengok dulu bagaimana keadaan ‘mood’. Ramai wanita mengeluh, suami tak mahu mendengar keluhan atau menerima teguran tapi sebenarnya situasi yang tak sesuai.
  4. Terima apa saje yg dibeli atau dihadiahkan oleh suami. Kalo pun anda tak suka/berkenan, tapi jangan sesekali mengutuknya. Jika tak, itulah kali terakhir dia membelikan hadiah untuk anda.
  5. Ambil serius dgn teguran suami walaupun dia hanya diluahkan sekali lalu. Mungkin anda anggap tegurannya tak serius tapi lelaki tetap menganggapnya sebagai serius. Jika anda pandang ringan tegurannya itu, suami akan menganggap anda memang tak mahu berubah.
  6. Jgn tegur atau marah suami ketika anda sedang berada dalam keadaan marah. Sebaliknya tunggula sehingga hati telah sejuk. Ramai yg beranggapan, tak puas apabila bercakap ketika hati telah sejuk. Pendapat itu tak tepat kerana ketika hati sedang marah, segala percakapan hanya dikuasai oleh perasaan.
  7. Jika hendak menegur suami, lakukan ketika anda sedang berdua-duaan dengannya. Jangan ada orang lain, walaupun anak-anak.
  8. Jangan mudah mengeluh dan lemah semangat. Lelaki cepat bosan apabila berhadapan dengan wanita yg lemah semangat, tak bermotivasi dan hanya bergantung pada suami.
  9. Walau sesibuk manapun anda, sentiasa luangkan masa khusus untuk suami.
  10. Sentiasa tunjukkan padanya, andalah wanita dan isteri pilihannya yang tepat. Jadi, serlahkanlah kesempurnaan anda.
*sumber: Majalah Nur, Feb 2007

15 Cara menjadi isteri idaman suami


INSYAALLAH ~ AMALKAN LAH WAHAI ISTERI :)

 ilmu ni berguna utk yg bakal menjadi isteri, mahupun yg sudah menjadi isteri. ^_^
nikahWanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorg istri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.
Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang istri yang hebat dan berjayanya seorg anak, berdiri di belakangnya adalah seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:
  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yg setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jgn sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sbgnya kerana itu, bagi wanita yg memilih utk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Cthnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sbg isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. 1 lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jd, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sbgnya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saje akan membuatkan anda kecewa krn tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dgn isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yg kurang menyenangkan. 
  9. Jaga mulut drpd bau-bau yg kurang menyenangkan. Cthnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja cthnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur diats apa yg disediakan dan diberikan suami. Jgn suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jgn sesekali membanding-bandingkan kelebihan yg dimiliki oleh org lain dgn apa yg anda miliki.
  12. Dlm apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yg bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dlm apa juga situasi. Cthnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dgn senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama spt keluarganya sendiri. Jgn sesekali membeza-bezakan antra kluarga suami dgn kluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akn membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.”

PERMULAAN HIDUP SEBAGAI ISTERI

BAB KALI INI.. APA JE YANG TERLINTAS DALAM KEPALA..SAYA AKAN TULIS... :p
9 Febuari 2013 -
> Tanggal keramat.. saya sah menjadi seorang isteri, air mata menitis di saat abah menyatakan sama ada saya setuju atau tidak utk berkahwin dengan en. Suami~ terasa hiba sangat2.. sebab-sebabnya... :
1. dulu apa sahaja yang nak dilakukan semua nya minta tolong, minta pendapat abah, semua abah..
2. dalam banyk2 teguran, teguran abah yang senang aku ikut~ masa lafaz akad disahkan.. terasa sejuk satu badan.. am i a wife?????  berat tanggungjawab saya selepas ini.. tapi saya tau berat lagi tanggungjawab en. Suami..

> Bila menjadi isteri orang.. hidup pun mula berubah..cikit-cikit perubahan..macam-macam dalam fikiran ini, mula2 rasa biasa je.. tapi bila dah duduk rumah sekali kekok jadinya..

> walaubagaimana sekali pun alahamdulillah.. takde masalah.. if ada pun.. x boleh cerita huhu :P

> kehidupan melalui hubungan yang halal yang diberkati diredhai Allah sangat menyenangkan, membahagiakan.. terima kasih Ya Allah~

> En. Suami saya baik sangat..alhamdulillah~ kekalkan lah semua ini hingga akhir hayat saya, Ya Allah..

15 febuari 2013
> selepas khwin ni, dh xde selera nak makan.. tak tahu la kenapa.. mungkin suka tgk en Suami makan makanan yang kita masak dan sekaligus membuatkan saya terkenyang..hihi (ada plak mcm tu kan =P)

> Kenapa yer..hati tak senang bila.... ermmm.. adakah blog ini selamat utk menceritakan segalanya..huhu
saya tahu, bercerita, meluahkan perasaan pada Allah lebih afdal..lebih baik..lebih menenangkan.. tapi...
saya perlukan sesuatu utk meluahkan.. kalau dulu ada diari.. dari kecik sampai besar ada diari..sekarang semua dah dibuang dibakar.. sebab.. bila dah kahwin.. saya pilih untuk lupakan semua kisah lama.. saya nak bukak buku baru. kisah hidup baru bersama en Suami.. saya tahu saya akan bahagia bersama en Suami..
Kesimpulannya.. Allah is the Best as Listener!

nnt sambung lagi~ :)

Sunday, 9 December 2012

Indahnya Cinta~


orang kata cinta tu ujian,
ia menguji sejauh mana kesetian kita pada si dia,
ia juga uji sejauh mana kuatnya kita untuk hadapi segala apa yang mendatang..


tapi itu semua orang kata,
saya tak pernah merasainya jadi saya tak tau apa itu cinta..


sampai satu hari tu saya nampak awak,
saya tertarik dengan keluhuran peribadi yang ada pada awak,
senyuman awak yang sangat menawan,
pakaian yang cukup indah menutup setiap susuk tubuh diri awak..


mungkin ini yang dinamakan cinta,
ia hadir dengan sendirinya,
tanpa diduga dan tanpa dipaksa..


sejak hari tu saya belajar satu perkara,
cinta itu membuat kita lebih kuat,
sebagaimana kuatnya saya untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik,
kerana saya tahu,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..




awak,
andai saya insan yang terpilih untuk mendampingi awak,
akan saya jaga dan bimbing awak dengan sebaiknya,
kerana saya tahu,
seorang wanita perlukan seorang lelaki untuk didampingi dan dikasihi..




tapi,
andai saya tidak dijodohkan dengan awak,
saya akan terus berdoa dan berdoa,
semoga awak didampingi oleh orang yang baik,
seorang lelaki yang boleh membahagiakan awak di dunia dan akhirat sana..




saya tahu,
saya merancang dan Allah juga merancang,
tapi saya hanya merancang dengan kemahuan saya sahaja,
Allah pula merancang dengan cintaNya,
pasti Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya dan awak,
yang penting kita kena yakin dengan Allah..




awak, 
cinta ini datangnya dari Allah,
ia harus dikembalikan kepada Allah,
walaupun apa pun yang kita lakukan,
kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia,
begitu juga cinta saya pada awak...




kerana Dia.. 




jadi saya harus redha dengan segala ketetapan Allah,
biarpun tak memiliki awak,
cukup sekadar perasaan cinta yang pernah dipinjam kepada saya 
untuk mencintai seorang wanita seperti awak,
saya dah bersyukur..




dalam diam,
cinta telah mengajar saya erti bersyukur,
begitu indahnya cinta~




p/s: begitu indahnya cinta ciptaan Allah. Dalam sedar dan  tak sedar ia dah 
mengajar kita banyak perkara..
sumber :pilihanhati

Best Quotes


Antara quote yg saya suka dan ada kena mengena sikit dengan diri ini~ x semua la :)
  1. Potential is a priceless treasure, like gold. All of us have gold hidden within, but we have to dig to get it out.
  2. Its sweet when someone remembers every little detail about u.Not because u keep reminding them,but because they care enough to pay attention
  3. I wish exercising was as easy as eating.
  4. Tutuplah aurat kamu sebaiknya, kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak.
  5. Anyone can make you happy by doing something sweet but only someone special can make you happy without doing anything.
  6. Di penghujung jalan pencarian,bila kamu & dia sudah ditemukan,baru kamu sedar & tahu yang ini semua hakikatnya 1 aturan.Aturan Tuhan..
  7. The best relationships are the ones you didn't expect to be in, the ones you never even saw coming.
  8. Sifat pemarah adalah musuh utama akal. - Saidina Ali Abi Talib
  9. I'll never knw what the future brings But I knw you're here wth me n0w We’ll make it through,I hope you are the one I share my life with
  10. Dear God, thank you for today, yesterday, and tomorrow. My family, my joys, my sorrows. For all that made me stronger. ^^
  11. "Ya Allah, Perbaiki hubungan antar kami, rukunkan antar hati kami, tunjuki kami jalan keselamatan."
JANGGUT Merupakan SUNNAH Rasulullah S.A.W. SEORANG LELAKI Akan Lebih Menyerlah KETAMPANAN & SIFAT KELAKIANNYA Apabila Mempunyai JANGGUT.

Majlis Pertunangan

Tanggal 30hb September 2012 berlangsung nye majlis Pertunangan di antara saya my dearest lover~
Tema yang sy pilih simple n sweet (kononnyer), firsly nak tunjuk mini pelamin~ so bila dh tgk mini pelamin ni terpampang sudah warna yg dipilih utk mjlis Pertunangan ni ~

  1. PELAMIN 

simple je kan..mmg sy mintak mini pelamin sesimple yg boleh ^.^
harga : RM450 (hrga kwn katanyer :) )


Hantaran pun simple. sy pilih warna pure white + coklat cikit..brg hntaran smua buat sendiri..ada barang yg disponsor oleh cikgu skolah..bez kn ^.^
2. HANTARAN





Baju tunang ~ purple colour + grey.. actually sy pakai jubah..pilih sendiri dan dipersetujui oleh tunang :)
kalau setakat bertunang tak payah lah nk beli baju yg mahal2 sgt..yg nk cut cost tu..boleh la beli barang yg murah tp menarik pd mata korang kn..
3. BAJU TUNANG (PURPLE)
4. JAMUAN MAKAN
Alhamdulillah semua disponser oleh parent ^^.. bertuahnyer..love u mom n dad.. juz makanan kampung yang disajikan contonya asam pedas ikan tenggiri, ayam goreng tepung, sayur campur, bubur kacang hijau..bnyk lg..tp lupa hihi

5. GOODIES
Memandangkan tetamu yg hadir xde la ramai mana..so sy bg goodies yg special ckit..:) ada cupcake..ada chees tart with blueberry..yummy..semua feveret sy :)
so kepada sesiapa yg nk adakan mjlis yg bez2.. kalau berharta..xtau nk guna utk apa boleh la buat yg special n grand cikit kn.. utk yg nak bersederhana lebih kurang mcm di atas ni lah ^.^....

AKHIR NYER..

Setelah beberapa lama..Alhamdulillah jumpa semula blog ni. penat mencari.
Dari mana nak memulakan..byk cerita hidup yg dah tertinggal..tak dipostkan dlm blog ni.

first sekali, bila bukak blog ni delete mana yang perlu dulu~
buang sekali follower yg tak dikenali..hehe

Pelbagai suka duka yang nak saya kongsikan dalam blog ni :)