Sunday, 9 December 2012

Indahnya Cinta~


orang kata cinta tu ujian,
ia menguji sejauh mana kesetian kita pada si dia,
ia juga uji sejauh mana kuatnya kita untuk hadapi segala apa yang mendatang..


tapi itu semua orang kata,
saya tak pernah merasainya jadi saya tak tau apa itu cinta..


sampai satu hari tu saya nampak awak,
saya tertarik dengan keluhuran peribadi yang ada pada awak,
senyuman awak yang sangat menawan,
pakaian yang cukup indah menutup setiap susuk tubuh diri awak..


mungkin ini yang dinamakan cinta,
ia hadir dengan sendirinya,
tanpa diduga dan tanpa dipaksa..


sejak hari tu saya belajar satu perkara,
cinta itu membuat kita lebih kuat,
sebagaimana kuatnya saya untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik,
kerana saya tahu,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..




awak,
andai saya insan yang terpilih untuk mendampingi awak,
akan saya jaga dan bimbing awak dengan sebaiknya,
kerana saya tahu,
seorang wanita perlukan seorang lelaki untuk didampingi dan dikasihi..




tapi,
andai saya tidak dijodohkan dengan awak,
saya akan terus berdoa dan berdoa,
semoga awak didampingi oleh orang yang baik,
seorang lelaki yang boleh membahagiakan awak di dunia dan akhirat sana..




saya tahu,
saya merancang dan Allah juga merancang,
tapi saya hanya merancang dengan kemahuan saya sahaja,
Allah pula merancang dengan cintaNya,
pasti Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya dan awak,
yang penting kita kena yakin dengan Allah..




awak, 
cinta ini datangnya dari Allah,
ia harus dikembalikan kepada Allah,
walaupun apa pun yang kita lakukan,
kita kena buat kerana cinta kita kepada Dia,
begitu juga cinta saya pada awak...




kerana Dia.. 




jadi saya harus redha dengan segala ketetapan Allah,
biarpun tak memiliki awak,
cukup sekadar perasaan cinta yang pernah dipinjam kepada saya 
untuk mencintai seorang wanita seperti awak,
saya dah bersyukur..




dalam diam,
cinta telah mengajar saya erti bersyukur,
begitu indahnya cinta~




p/s: begitu indahnya cinta ciptaan Allah. Dalam sedar dan  tak sedar ia dah 
mengajar kita banyak perkara..
sumber :pilihanhati

Best Quotes


Antara quote yg saya suka dan ada kena mengena sikit dengan diri ini~ x semua la :)
  1. Potential is a priceless treasure, like gold. All of us have gold hidden within, but we have to dig to get it out.
  2. Its sweet when someone remembers every little detail about u.Not because u keep reminding them,but because they care enough to pay attention
  3. I wish exercising was as easy as eating.
  4. Tutuplah aurat kamu sebaiknya, kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak.
  5. Anyone can make you happy by doing something sweet but only someone special can make you happy without doing anything.
  6. Di penghujung jalan pencarian,bila kamu & dia sudah ditemukan,baru kamu sedar & tahu yang ini semua hakikatnya 1 aturan.Aturan Tuhan..
  7. The best relationships are the ones you didn't expect to be in, the ones you never even saw coming.
  8. Sifat pemarah adalah musuh utama akal. - Saidina Ali Abi Talib
  9. I'll never knw what the future brings But I knw you're here wth me n0w We’ll make it through,I hope you are the one I share my life with
  10. Dear God, thank you for today, yesterday, and tomorrow. My family, my joys, my sorrows. For all that made me stronger. ^^
  11. "Ya Allah, Perbaiki hubungan antar kami, rukunkan antar hati kami, tunjuki kami jalan keselamatan."
JANGGUT Merupakan SUNNAH Rasulullah S.A.W. SEORANG LELAKI Akan Lebih Menyerlah KETAMPANAN & SIFAT KELAKIANNYA Apabila Mempunyai JANGGUT.

Majlis Pertunangan

Tanggal 30hb September 2012 berlangsung nye majlis Pertunangan di antara saya my dearest lover~
Tema yang sy pilih simple n sweet (kononnyer), firsly nak tunjuk mini pelamin~ so bila dh tgk mini pelamin ni terpampang sudah warna yg dipilih utk mjlis Pertunangan ni ~

  1. PELAMIN 

simple je kan..mmg sy mintak mini pelamin sesimple yg boleh ^.^
harga : RM450 (hrga kwn katanyer :) )


Hantaran pun simple. sy pilih warna pure white + coklat cikit..brg hntaran smua buat sendiri..ada barang yg disponsor oleh cikgu skolah..bez kn ^.^
2. HANTARAN





Baju tunang ~ purple colour + grey.. actually sy pakai jubah..pilih sendiri dan dipersetujui oleh tunang :)
kalau setakat bertunang tak payah lah nk beli baju yg mahal2 sgt..yg nk cut cost tu..boleh la beli barang yg murah tp menarik pd mata korang kn..
3. BAJU TUNANG (PURPLE)
4. JAMUAN MAKAN
Alhamdulillah semua disponser oleh parent ^^.. bertuahnyer..love u mom n dad.. juz makanan kampung yang disajikan contonya asam pedas ikan tenggiri, ayam goreng tepung, sayur campur, bubur kacang hijau..bnyk lg..tp lupa hihi

5. GOODIES
Memandangkan tetamu yg hadir xde la ramai mana..so sy bg goodies yg special ckit..:) ada cupcake..ada chees tart with blueberry..yummy..semua feveret sy :)
so kepada sesiapa yg nk adakan mjlis yg bez2.. kalau berharta..xtau nk guna utk apa boleh la buat yg special n grand cikit kn.. utk yg nak bersederhana lebih kurang mcm di atas ni lah ^.^....

AKHIR NYER..

Setelah beberapa lama..Alhamdulillah jumpa semula blog ni. penat mencari.
Dari mana nak memulakan..byk cerita hidup yg dah tertinggal..tak dipostkan dlm blog ni.

first sekali, bila bukak blog ni delete mana yang perlu dulu~
buang sekali follower yg tak dikenali..hehe

Pelbagai suka duka yang nak saya kongsikan dalam blog ni :)

Thursday, 22 December 2011

MY KONVOKESYEN

tak sabar menanti HARI BERBAHAGIA ni..lama saya belaja...ni la hasilnyer....x sabar nk bawa family...n x sabar nk jumpa kwan2....
MAKLUMAT:
pembayaran:
Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit (RM200.00) . Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan di alamatkan kepada PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pos pada/ tidak lewat dari 1 Mac 2012.

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00) di atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan di alamatkan kepada PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing. Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.

Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik .bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit (RM200.00) . Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan di alamatkan kepada PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pospada/ tidak lewat dari 1 Mac 2012.

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00) di atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan di alamatkan kepada PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing. Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.
Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik .



Monday, 5 December 2011

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
  • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
  • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
  • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
  • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
  • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
  • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
  • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
  • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
  • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
  • SUMBER: KULANZ

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:
  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
sistem pendidikanSebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.
Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.
Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.
Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
SUMBER: KULANZ