Wednesday 16 November 2011

macam mane nak buang rasa marah...

hari ni saya rasa saya agak marah dengan seseorang...sebab sikap dia...xtau dkt mane lg nk luah kan...so ni je la tmpt nyer..nk mengumpat kat sini pun x baik juga (dh ada niat buruk tu).. yg penting sbar je la...ermm
td sy pun pkir-pkir perkara yg sy perlu buat kalo rasa nk marah...sy jumpa ni..so kita blh share..


Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

1_) Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan laknatullah, dengan doa perlindungan tersebut akan meredakan kemarahan. 

2) Diam atau tidak berbicara. Dengan tidak bersuara, ianya secara perlahan-lahan merendakan tahap kemarahan dan fikiran akan kembali normal. Ini kerana di saat kemarahan datang, akal fikiran akan diketepikan, emosi akan menguasai diri. Bertindak mengikut emosi (marah) tidak akan meyelesaikan masalah malah lebih parah! 

3) Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring. Ini kerana dengan berubahnya kondidi badan seseorang yang sedang dilanda kemarahan, ia akan mengurangkan kemrahan. Otak telah diberikan tugasan lain selain menumpuka terhadap situasi marah tersebut. Fisiologi badan sebenarnya mempengaruhi akal & fikiran. Setiap pergerakan & tindakan perlu keterlibatan otak berfikir, maka perasaan marah kurang difokuskan bila kita bergerak & beralih kedudukan. 

4) Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. Api kemarahan dalam hati yang merangsang fizikal diri akan reda dengan air wudu' dialirkan ke seluruh anggota badan. Berkat berwudu' maka kemarahan yang kian mengganas dalam diri dapat dikawal agar kembali sepertimana asal. InsyaAllah... 

Semoga setiap tindakan kita dilimpahi rahmat dari ilahi, amiin...
sumber : Zainal Rashid Isa (fb)

No comments:

Post a Comment