Tuesday, 26 February 2013

2 PENDAPAT BERBEZA MENGENA LUKISAN INAI DI TANGAN


PENDAPAT 1
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

* Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur . 

PENDAPAT 2
salam

dengan penuh hormat, saya kurang bersetuju dengan pandangan yg berbahagia dato' ustaz.

pada pandangan saya untuk menghasilkan hukum yg tepat kita tidak seharusnya hanya melihat pada aspek teks sahaja tapi kita juga perlu memahami dari segi budaya, antropologi dll i.e apa dia yg dimaksudkan dengan bertatu dizaman nabi tu kerna sesuatu hukum itu tak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya.

memahami budaya bagi menghasilkan hukum sesuatu perkara yg baru dan asing dalam ilmu fiqh. ia termasuk dalam bab memahami illah (sebab) sesuatu hukum = jika ada illah, adalah hukum tu. jika tidak ada, tidak adalah hukum tu.

apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu?? adakah ia hanya haram kerna aspek lukisannya, atau kerna ia tak mensahkan wudu' atau kerna ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerna ia menggunakan jarum yg menusuk kulit.

saya tak buat kajian mendalam, tapi sekali imbas saya perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yg diamalkan oleh masyarakat asli i.e. badwi arab dizaman nabi, dayak di amerika selatan, iban dll dengan budaya berinai yg berukiran bunga-bunga yg kita lihat di kalangan masayarakat indo-pakistan yg popular di hari ni di kalangan org melayu.

dalam hal ini, mengqiyaskan hukum dalam hadis tu kepada amalan berinai yg berukir awan larat oleh kaum pompuan pada pandangan saya adalah, dalam istilah hukum, qiyas ma`al fariq. erti mudahnya ia bukan apple to apple analogy.

namun, ada juga kecenderungan hari ini yg mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional = melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yg tidak kekal semata-mata kerna terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. dan sifat ketidakkekalan tatu tu, dijadikan helah utk bertatu, tapi rupanya hampir sama dengan yg kekal.

yg seperti ni mmg wajarlah dilarang, tetapi larangannya ialah kerna niat melakukannya tak betul = terpengaruh dgn satu budaya yg mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yg terdapat larangan oleh agama, apatah lagi kalau imej-imej itu, adalah imej yg mmg islam tidak suka.

namun untuk extend aplikasi hadis tu kepada semua bentuk lukisan berinai ala indo-pakistan yg biasa kita nampak di tangan pengantin-pengantin pompuan seperti yg satu masa dulu ditunjukkan oleh kakz, lalu kita katakan mereka sumer tu kena laknat allah.. saya tak bersetuju.

hukum bentuk inai yg sedemikian tidak jatuh dalam hadis berkenaan, tapi jatuh dalam hukum bersolek dan berhias bagi org pompuan.



http://www.rantauan.com/forum/viewtopic.php?p=69738#69738

sweet and the sweet and the sweetest moment

indah nye.. seronok nye.. itu sahaja yang mampu saya ungkap kan..
segalanya indah bila saya berkahwin.. tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata..
Alhamdulillah Allah menguji kehidupan saya sebelum ini dengan pelbagai cara, sekarang Allah hadiah kan saya seorang lelaki..yang kini menjadi imam, menjadi teman, menjadi sahabat, menjadi kawan, menjadi segalanya.. Saya bermohon segala kebahagian dan keindahan ini kekal selamanya.. InsyaAllah.

Saya rasa sangat terharu dan rendah diri... Allah sayangkan saya.. Allah cintakan saya.. Alhamdulillah.. :)
Saya berharap apa sahaja rintangan yang berlaku selepas ini saya dapat tangani dengan sebaiknya..

Kawan-kawan yang masih belum berkahwin..jika sudah sampai jodoh.. berkahwinlah.. insyaAllah dapat menemani hidup dengan cara yang lebih baik dan lebih lengkap...
Apabila ada suami disisi, insyaAllah segalanya akan terisi dengan izin Allah..

Apabila saya menceritakan kisah saya kepada rakan-rakan ada yang menyatakan bahawa "biasalah baru kahwin".."tengoklah nnti kalau dah 10 tahun" huhu.. saya hanya senyum.. memang dalam hati ni risau.. tapi saya tahu. Jika Allah izinkan rasa sebegini dapat saya kekalkan.. inSyaAllah...

Setakat ini saya dapat rasa kan betapa berbezanya hidup membujang dan hidup bersuami.. sangat lain..
Saya seronok berada di rumah bersama suami, seronok memasak makanan utk suami, semuanya seronok.. huhu.. Kadang-kadang bila ada percanggahan pendapat.. saya tengok muka dia..dia diam.. kemudian cuba tegur secara baik.. gaduh juz 5 minit.. lepas tu ok (^.^)


Tuesday, 19 February 2013

indahnya cinta ku ~ buat En. Suami :)


ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu
dekat denganmu setiap hariku
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya

ku tak melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu
cintaku tak pernah memandang siapa kamu

tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku

sungguh indah cintaku
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya
ku tak (ku tak) melihat dari sisi sempurnamu

tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu
cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih

dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku, cintaku

cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu
cintaku terasa sempurna karena hatimu

selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku
sungguh indah cintaku, indah cintaku

Sunday, 17 February 2013

18hb Febuari 2013

~ dah mula persekolahan, seronok sangat cuti seminggu sempena CNY... hari ni pg sekolah rasa macam blur.. first time buat sarapan utk en. Suami tatkala waktu bekerja ni. agak kelam kabut tp insyaAllah seua nya akan lebih teratur nanti..

~ pagi2 dekat sekolah dh kena marah dengan ... huhu.. semua kena marah.. tapi sabar je kan.. mungkin ada sebab dia nak marah.. banyak beban kerja yang dipikul agaknye.. btw beban cikgu2 kecil ni pun banyak juga..

~ bila mula masuk kelas je..blur semacam jer.. dengan karenah murid yang x sudah2 tanyer.. "cikgu dh kahwin..cikgu dah khwin ke??.. err malas nak layan.. paling MENYAKITKAN HATI.. hampir separuh student x siapkan kerja.. macam2 alasan.. geramm jer.. so pnp hari ni tertangguh sebab diorg kena buat homework tu sampai siap.. apa la budak2 ni.. orang nak bg pandai..diorang buat dekkk je..

~start datang sekolah samapi lah dah nak balik saya duk pikir..nak masak ap la ptg nnt..huhu.. dulu masa bujang balik je dari sekolah lepak2 dulu.. huhu.. lepas tu 'tertidor' hihi.. sekarang kan dah ada en.Suami.. kena masak.. secara jujurnya sangat suka masak utk en. Suami.. tapi masalah nyer takut x sedap.. hihi :)

~ thats for today - kesimpulannya, hari ni rasa lemau jer...huhu.. BLUR.. saya dah kahwin ke..hahaha =D

Petua Untuk Keharmonian Suami Isteri Hingga Akhir Hayat




1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin 
harian tadi dengan pelukan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras\ menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
 <

SAYA KAH ISTERI YANG DI CARI??



Dari pengalaman hidup melihat sikap dan karakter lelaki yang berada di sekeliling, maka insan yang bernama perempuan sering memerhati dan akhirnya mempelajari apakah ciri-ciri yang baik pada seorang suami.

Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu..

Betul tak saudara-saudara perempuanku… :P

[Ya, bukan semua.. sebahagian perempuan tidak terusik hati pun dengan kebaikan dan kesolehan lelaki…]

Idealnya, semua yang memiliki hati perempuan inginkan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, peramah, penyayang, beriman, beramal soleh, berilmu…

Ada yang inginkan yang kaya dan hensem..yang penuh sifat kelelakian.

Ada yang inginkan yang sekufu dan ‘sekepala’…

Ada yang inginkan sama-sama aktif dalam jemaah dan dakwah. Sama-sama bersemangat dalam kerja-kerja sosial dan kebaikan.

Namun, apakah realiti yang sering berlaku…?
Bila suami baik…

“ Abang ni baik sangatlah.. kalau ya pun nak buat baik, agak-agaklah sikit…” luah si isteri tidak puas hati si suami membeli kereta baru untuk ibu dan ayah mertua. Apatah lagi, suami tidak melayan permintaan isteri untuk bercuti ke negara empat musim. Sedangkan kereta itu untuk mengganti kereta lama yang telah terlalu uzur.

Bila suami bertanggungjawab…

“Abang ni asyik balik kerja lewat.. Bila tak kerja pulak, ada je urusan lain yang tak habis-habis.. Abang tinggalkan saya sorang-sorang layan anak kat rumah..”

Sedangkan suami pulang lewat kerana mengurus perniagaannya dengan penuh tanggungjawab. Kerana kemudiannya dia ingin melaksanakan tanggungjawab memberi makan minum pakai pada anak isteri. Kerana dia juga ada tanggungjawab dakwah dan membantu ummah, bukan sekadar mencintai isteri dan anak-anak.

Bila suami berkarakter penuh kelelakian, kita para isteri ingin mem ‘perempuankan’ diri si suami. Diajak suami bershopping baju dan kasut lama-lama, diajak suami bersembang dan bergosip lama-lama tanpa arah tuju, ingin melihat suami juga menangis terharu bila sesuatu yang menyentuh berlaku.. sedangkan itu semua jauh dari minat dan sifat kebanyakan lelaki..

Akan sabarkah kita dengan suami yang baik dan bertanggungjawab sebegini..? Yang berkarisma dengan kelelakiannya…?

Atau kita hanya ingin menjadi isteri yang memiliki suami yang lalai tanggungjawab kerana sibuk memenuhkan keinginan nafsu dan kehendak isteri yang tak pernah puas..?

Bila suami peramah..

“ Abang ni tak payah lah senyum kat semua orang, tak payah sembang dengan diorang selalu.. seronok la perempuan tu abang senyum kat dia, layan sembang..”

Padahal si suami cuba berbaik-baik dengan kakak ipar dan adik ipar perempuan supaya tidak dikatakan sombong dan dingin.

Bila suami berilmu, beriman dan beramal soleh…

“Abang ni asyik baca buku..asyik depan laptop menulis.. bila hujung minggu, sibuk dengan program dakwah, kelas quran lah, kuliah lah, daurah lah.. bila abang nak spend masa dengan saya dan anak-anak..!” ujar isteri dengan rasa sedih tak puas hati.

Sedangkan dulu si isteri mengagumi lelaki yang nampak ke depan dalam program dakwah. Si isteri terkagum-kagum dengan aura ilmu dan keimanan yang terpancar di wajah pemuda dakwah itu. Si isteri tertarik dengan kemurahan hati pemuda itu bersedekah. Si isteri dulunya teruja untuk bersama pemuda dakwah yang giat aktif..

Dan akhirnya meluahkan… “Lebih baik saya kahwin dengan orang biasa..”

Kerana setelah berkahwin dengan ustaz, pendakwah, agamawan, ilmuwan, jutawan, dermawan.. ternyata para isteri sukar untuk menerima gaya hidup suami yang kononnya dulu itulah ciri-ciri idaman.

Dan bagi yang bernikah dengan ‘orang biasa’, mereka berharap pula mendapat ‘orang-orang agama’.

Sedangkan nantinya, sukar para isteri untuk menerima apa-apa kesalahan dan kesilapan suaminya.. Orang agama diharapkan seperti malaikat suci diri sempurna peribadi.

“Tak sangka suami aku macam tu, dia tu kan penghafaz Al Quran..”

“ Suami saya tu namanya je pegawai di jabatan agama tapi…”

“Dengan orang lain sibuk berdakwah, dengan isteri dan anak sendiri tak ada masa…”

Sedangkan seorang suami itu- ‘orang agama atau orang biasa’ - mengharap kita menerima kelemahan dirinya seadanya.

Seorang suami itu harapkan kita bersabar dan kuat mengurus emosi sendiri dan keluarga sewaktu ketiadaannya.


Seorang suami itu juga mengharap isteri tidak berhenti menuntut ilmu, agar mampu mendidik fitrah anak dan mencorak rumahtangga dengan suasana islami. Suami keluar berkerja dan berdakwah, isteri di rumah konsisten dan strategik mentarbiyyah [mendidik].

Suami berharap isteri berhenti bergosip dan bersembang kosong tentang artis atau orang lain, tentang fesyen, tentang perabot, make-up, tentang melancong yang memakan kos yang banyak dan topik lain yang menjauhkan famili dari kesederhanaan dan keredhaan tuhan.

Setelah bernikah, ternyata kita yang bernama isteri tidak sabar dengan ciri yang kita idamkan dulu..?

Atau kita yang tidak pandai membawa diri dengan karakter suami yang pelbagai bentuk dan gaya…?

Atau kita jarang sekali merasa cukup dengan masa, wang dan kemesraan yang suami kongsikan…?

Ingin yang sekufu, namun sedarkah bahawa sekufu itu boleh jadi kupu-kupu yang meninggalkan pasangannya jika kita tidak bersungguh berubah ke arah kebaikan…dan menjadi renggang jika kita tak pandai memimpin pasangan kepada kebaikan?

Manusia itu mungkin, mungkin pada satu tahap boleh sekufu.

Tapi realiti nya, manusia sentiasa dan kerap berubah. Kepada yang lebih baik atau lebih teruk. Tak akan terus sekufu.

Dan kita tak berubah dengan kadar dan cara yang sama dengan pasangan hidup. Apapun, moga perubahan itu destinasinya sama –menuju redha Ilahi.

Lalu sebenarnya, yang teramat penting adalah kemampuan kita para isteri membawa diri dalam rumahtangga yang dibina setelah membuat keputusan dengan istikharah dan musyawarah.

Mampu membawa diri yang bagaimana..?

Jika suami kaya, bagaimana untuk kita memahami dan menghormati gaya hidupnya yang berbeza dari kita ‘orang kampung’ (yang tak berapa kaya).

Jika suami orang kampung, bagaimana kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan suasana kekampungan dan tidak menunjuk muka serba tak kena kerana ‘kebandaran’ kita.

Jika suami bijak atau bergulung ijazah hingga PhD, bagaimana untuk kita membina kecerdasan diri agar kita tidak seperti budak tadika yang banyak sangat tak tahu..

Jika suami miskin atau berpangkat lebih rendah, bagaimana untuk kita merendah hati dan bergaul mesra dengannya agar dia tidak merasa tertinggal di belakang isteri, kerana selamanya seorang suami harus di atas sebagai pemimpin yang wajar ditaati dan dihormati.

Jika suami sebaya atau lebih muda, bagaimana untuk kita taat dan redha dengan keputusannya, kerana kita rasa kita lebih matang dari dia atau kita dengan dia sama sahaja, bukan pandai sangat buat keputusan.

Jika suami lebih berusia, bagaimana untuk kita memahami dan meletakkan diri sejajar dengan banyak pengalaman dan pengetahuannya..

Jadi, simpan sebentar senarai calon suami idaman..

Ayuh kita buat senarai menulis apa kekurangan diri kita, apa skills dan value yang kita perlu tambah pada diri dalam rangka menjadi isteri idaman … apa senarai kekuatan yang perlu kita bina, agar kita mampu menjadi isteri yang pandai membawa diri, walau siapapun ditakdirkanNYA buat kita…

Di lempar ke lautan menjadi pulau, di lempar ke awan menjadi bintang yang berkerdipan..

Menjadi isteri yang bahagia bukan dengan mengharap, mengharap dan banyak menerima, namun dengan banyak memberi, memberi dan terus mencari kebaikan dalam setiap keadaan..

Sekian perkongsian, harap bermanfaat..
SUMBER : Cahaya Hati Menuju Illahi :)

DASAR KEPERCAYAAN KU =P


Semua 0rang tahu, apabila kepercayaan telah hilang, mmg sukar untuk dipulihkan kembali. Inilah kemelut yg sering dialami oleh pasangan yg bercinta ataupun dan persahabatan. Apakah b0leh diletakkan semula kepercayaan kepada pasangan yg curang ataupun sahabat yang menipu, serta pelbagai perkara negatif lain lagi.

Walaupun sudah bersumpah dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi segala tabiat buruk dan berusaha menjadi yang terbaik, namun senang mendengar janji itu�tetapi untuk menerimanya dan percaya cukup payah�

~ Sewajarnya kita memberikan peluang kepada sesiapa sahaja apatah lagi pasangan atau sahabat sendiri. Jika Allah boleh menerima taubat hambanya, siapalah kita pula untuk enggan memaafkan insan lain..dan ia haruslah kemaafan yg lahir dr hati , bukan sekadar pengakuan lisan.

~ Masa menentukan segalanya untuk menerima tetapi percayalah dan yakinlah pada diri yang anda bersedia untuk memaafkan dan melupakan kesilapannya..n jangan lupa untuk berd0a agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan hidup�hehe� jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan JANGAN DIUNGKIT lagi�

~ n kepada sesiapa yang telah diberikan peluang, jangan salah gunakan peluang yang diberikan dan jangan cemarkan kepercayaan yang cuba dibina semula oleh pasangan anda. Sekali , 2 kali peluang masih boleh diberi..klu sudah 4,5 n lebih�.FAHAM2 JE LAH!

~ "cakap tak serupa bikin" selalu disebut pepatah ni.. (pepatah ke?? huhu) bila kita sayang seseorang kita mula percaya apa yang dikatakan..nak plak percaya tahap gaban 100%.. tibe2 kita dapat tahu pasangan kita or sahabat sebenarnya tidak seperti yang disangkakan..ermm macam mana tu.. actually boleh di maafkan tapi dh terkurang lah peratus kepercayaan.. paling perit terasa sakit hati..kena tipu..huhu..

~ BUT kalau kita ni jenis yang tak ambil peduli its ok.. tapi kalau kita peduli nanti makan diri.. so kena banyak BERDOA pada ALLAH.. tetapkan hati.. memaafkan dengan seikhlasnya.. melupakan dengan sebaiknya.. dan kita BERHARAP  supaya insan tersebut tidak melakukan, mengulanginya lagi.. :) peace =p