Tuesday 26 February 2013

2 PENDAPAT BERBEZA MENGENA LUKISAN INAI DI TANGAN


PENDAPAT 1
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: " Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz :" inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari".

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

wallahu'alam...

* Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur . 

PENDAPAT 2
salam

dengan penuh hormat, saya kurang bersetuju dengan pandangan yg berbahagia dato' ustaz.

pada pandangan saya untuk menghasilkan hukum yg tepat kita tidak seharusnya hanya melihat pada aspek teks sahaja tapi kita juga perlu memahami dari segi budaya, antropologi dll i.e apa dia yg dimaksudkan dengan bertatu dizaman nabi tu kerna sesuatu hukum itu tak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya.

memahami budaya bagi menghasilkan hukum sesuatu perkara yg baru dan asing dalam ilmu fiqh. ia termasuk dalam bab memahami illah (sebab) sesuatu hukum = jika ada illah, adalah hukum tu. jika tidak ada, tidak adalah hukum tu.

apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu?? adakah ia hanya haram kerna aspek lukisannya, atau kerna ia tak mensahkan wudu' atau kerna ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerna ia menggunakan jarum yg menusuk kulit.

saya tak buat kajian mendalam, tapi sekali imbas saya perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yg diamalkan oleh masyarakat asli i.e. badwi arab dizaman nabi, dayak di amerika selatan, iban dll dengan budaya berinai yg berukiran bunga-bunga yg kita lihat di kalangan masayarakat indo-pakistan yg popular di hari ni di kalangan org melayu.

dalam hal ini, mengqiyaskan hukum dalam hadis tu kepada amalan berinai yg berukir awan larat oleh kaum pompuan pada pandangan saya adalah, dalam istilah hukum, qiyas ma`al fariq. erti mudahnya ia bukan apple to apple analogy.

namun, ada juga kecenderungan hari ini yg mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional = melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yg tidak kekal semata-mata kerna terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. dan sifat ketidakkekalan tatu tu, dijadikan helah utk bertatu, tapi rupanya hampir sama dengan yg kekal.

yg seperti ni mmg wajarlah dilarang, tetapi larangannya ialah kerna niat melakukannya tak betul = terpengaruh dgn satu budaya yg mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yg terdapat larangan oleh agama, apatah lagi kalau imej-imej itu, adalah imej yg mmg islam tidak suka.

namun untuk extend aplikasi hadis tu kepada semua bentuk lukisan berinai ala indo-pakistan yg biasa kita nampak di tangan pengantin-pengantin pompuan seperti yg satu masa dulu ditunjukkan oleh kakz, lalu kita katakan mereka sumer tu kena laknat allah.. saya tak bersetuju.

hukum bentuk inai yg sedemikian tidak jatuh dalam hadis berkenaan, tapi jatuh dalam hukum bersolek dan berhias bagi org pompuan.



http://www.rantauan.com/forum/viewtopic.php?p=69738#69738

No comments:

Post a Comment